Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V berkenan memeriksa perbarisan Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja pada Sambutan Hari Kebangsaan 2018 di Perbadanan Putrajaya, Putrajaya. foto FAREEZ FADZIL, 31 OGOS 2018

KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia khususnya umat Islam diingatkan supaya lebih bertanggungjawab ketika menyebarkan maklumat yang belum tentu kesahihannnya terutama melibatkan institusi diraja.

Imam Besar Masjid Putra, Putrajaya, Datuk Abd Manaf Mat berkata institusi diraja yang sepatutnya dihormati kini berdepan dengan cabaran tertentu yang berusaha mengganggu institusi itu terutama melalui media sosial.

“Kebelakangan ini, terdapat banyak isu yang dilontarkan belum dipastikan kesahihannya apatah lagi yang tidak mempunyai mana-mana sandaran mahupun bukti yang dilihat mampu menyebabkan kemudaratan dan mengganggu kemaslahatan rakyat.

“Sebagai seorang muslim, hendaklah kita berpegang teguh kepada prinsip syariat Islam iaitu memerintahkan supaya kita menjaga lisan dan menahan diri agar tidak menulis dan menyatakan perkara yang tidak ada bukti kebenarannya,” katanya semasa menyampaikan khutbah khas solat Jumaat di Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara di sini, hari ini.

Khutbah bertajuk ‘Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong: Asas Kestabilan dan Kemakmuran Negara’ disampaikan sempena sambutan ulang tahun Hari Keputeraan rasmi Yang di-Pertuan Agong XV, Sultan Muhammad V, Ahad ini.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast