KUALA LUMPUR – Pelakon Fathia Latiff menjelaskan warna lebam kehitaman di kawasan matanya bukan kerana kesan mengambil dadah.

Aktres yang terkenal dengan pelbagai kontroversi itu memberitahu ia merupakan genetik keluarga.

“Saya ni ada campuran Arab, jadi memang akan ada kesan lebam bawah mata macam ni.

Saya boleh saja buat sesuatu dengan eye bag ni, buat pembedahan atau cucuk sana-sini, tapi saya tak mahu.

“Ini memang semula jadi, tuhan cipta saya begini. I don’t do drug, man!” luahnya di laman sosial.

Fathia mengulas dakwaan salah seorang pengikutnya ketika sedang bersiaran menerusi Instagram Live.

Aktres popular menerusi drama hit Ariana Rose itu turut meluahkan dia lebih selesa tidak mengenakan solekan jika tidak ke majlis tertentu mahupun berlakon. – MalaysiaGazette