KUALA LUMPUR – Kecomelan sulung pelakon Sharnaaz Ahmad iaitu Jebat Jayden sudah pun menjadi perhatian di laman sosial Instagram (IG).

Baru dibuka dua hari lalu , akaun Instagram menggunakan nama @jebatjayden sudah pun mencecah 72,000 pengikut.

Sehingga ini, sebanyak sembilan keping foto Jebat dikongsi menerusi akaun tersebut.

Rata-rata pengikut Instagram itu memuji kecomelan anak pasangan itu selain mendoakan agar Jebat menjadi seorang anak yang soleh.

Sementara itu, isteri Sharnaaz, Noor Nabila selamat bersalin pada 30 Ogos lalu di sebuah pusat perubatan di ibu negara.

Lebih manis, aktor drama Cinta Bukan Kristal ini berkongsi tarikh lahir yang sama dengan anak sulungnya itu.

Sharnaaz dan Nabila bernikah pada 31 Mac tahun lalu di sebuah hotel di Petaling Jaya. – MalaysiaGazette