Mahkamah Majistret di sini, hari membenarkan permohonan pihak polis untuk menggali semula kubur jenazah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund Sdn Bhd, Allahyarham Nazrin Hassan yang meninggal dunia dalam kebakaran di rumahnya di Mutiara Damansara, Jun lalu.

KUALA LUMPUR – Dua remaja yang merupakan anak tiri kepada Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Nazrin Hassan, yang maut dalam kebakaran Jun lepas, ditahan polis bagi membantu siasatan terhadap kes bunuh ayah tiri mereka.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Fadzil Ahmat mengesahkan penahanan kedua-dua remaja berkenaan ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata kedua-dua remaja lelaki yang masing-masing berusia 14 dan 16 tahun itu ditahan semalam di Taman Tun Dr Ismail kira-kira 4 petang.

Fadzil berkata permohonan reman ke atas kedua-dua suspek akan dibuat hari ini di Mahkamah Majistret Petaling Jaya.

Khamis lalu, media melaporkan dua remaja lelaki yang masih bersekolah itu ditahan bagi membantu siasatan kematian Nazrin selepas pemeriksaan forensik menemui dua lubang pada lehernya kesan daripada anak panah.-BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast