Lim Guan Eng
Lim Guan Eng

KUALA LUMPUR – Kerajaan menyambut baik keputusan mahkamah Singapura mengenai perintah pelupusan berhubung wang yang telah diseleweng daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) atau SRC International Sdn Bhd.

Ia melibatkan wang  dalam pelbagai mata wang dengan jumlah nilai keseluruhan kira-kira S$15.3 juta.

Kesemua wang ini sedang dipindahkan ke akuan bank pemerolehan khas 1MDB di Kuala Lumpur.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, ia merupakan permulaan dan berharap banyak lagi proses yang sama akan berlaku.

“Lagi pun, jumlah wang itu hanya sedikit daripada jumlah sebenar berkaitan kes 1MDB,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Guan Eng juga mengucapkan terima kasih kepada Peguam Negara dalam usaha pihaknya menyiasat kes 1MDB dan kini ia sudah membuahkan hasil.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast