SAO PAULO – Lebih 100 orang banduan berjaya membolosi penjara dengan keselamatan tinggi selepas pintu pagar hadapan penjara dimusnahkan dengan senjata.

Serangan itu dilakukan oleh kira-kira 20 orang lelaki bersenjata dalam empat kenderaan, yang melepaskan tembakan menara penjara dan menggunakan menggunakan bahan peledak untuk menghancurkan pintu depan Penjara Romeu Goncalves Abrantes,

Penyerang juga telah berbalas tembakan dengan pengawal penjara.

Penjara yang terletak di Joao Pessoa di negeri Paraiba itu dihuni oleh 680 orang banduan.

Setakat ini, 41 daripada 105 banduan yang melarikan diri berkaya ditahaan semula.

Kejadian itu menyebabkan sekolah dan pusat perubatan ditutup sebagai langkah berjaga-jaga.

Brazil merekodkan jumlah populasi penjara ketiga tertinggi di dunia iaitu seramai 726,712 setakat Jun 2016. – MalaysiaGazette