Daim Zainuddin
Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan (CEP), Tun Daim Zainuddin (kiri) diiringi Menteri Pembangunan Luar Bandar, Rina Mohd Harun (dua kiri) bercakap pada Majlis Sepetang Bersama Tun Daim dan Rina Harun di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 11 SEPTEMBER 2018.

KUALA LUMPUR – Kakitangan Melayu dalam Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) didakwa gagal membantu bangsanya sendiri.

Perkara itu ditegaskan, Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin yang melihat ramai dalam kalangan petugas di jabatan berkenaan hanya mementingkan diri sendiri.

“Saya minta maaf. DBKL (dipenuhi) orang Melayu, tetapi tidak tolong orang Melayu. Tipu sama kita.

“Setiap pegawai DBKL dan juga lain-lain pejabat dan majlis daerah, semua kaya. Dia tak pentingkan orang Melayu, dia pentingkan diri dia,” katanya.

Daim berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sepetang bersama penduduk Parlimen Titiwangsa di sini, hari ini.

Hadir sama pada majlis itu Menteri Pembangunan Luar Bandar, Rina Mohd Harun.

Mengulas lanjut Daim berkata, pihaknya telah memanggil pegawai dan datuk bandar untuk berbincang tentang hal itu dan tindakan buang tugas akan dibuat.

“Kita tidak mahu Melayu harapkan pagar, pagar makan padi. Tak cukup padi, tanah pun dia sapu, golongan ini kita tak mahu,” tegasnya.

MGF11092018_SEPETANG BERSAMA TUN DAIM11
Rina Mohd Harun

Sementara itu Rina berkata, beliau akan memastikan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) baharu yang bakal dilantik, bukan seperti penyandangnya sebelum ini.

Beliau berkata, pihaknya akan memilih individu yang benar-benar layak untuk menyandang jawatan tersebut dan akan dinilai daripada aspek kredibiliti dan kualiti.

“Pengerusi MARA kali ini, Insya-Allah kita bukanlah (lantik) orang yang seperti (Tan Sri) Annuar Musa lagi.

“Kita akan pilih orang yang lebih berkualiti dan profesional bagi memastikan hala tuju MARA selari dengan hasrat kita, iaitu supaya agensi ini lebih dimartabatkan,” ujarnya.

Tambah beliau, calon yang dipilih nanti perlu memastikan MARA kekal berdaya saing, mampu memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat dan menjadi mercu kejayaan orang Melayu serta Bumiputera. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast