Ahmad Zahid Hamidi
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (tengah) bercakap pada sidang media selepas Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO sambil diiringi Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan (kiri) di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 27 JULAI 2018

KUALA LUMPUR – UMNO menganggap kenyataan Datuk Seri Nazri Aziz bahawa parti itu perlu bekerjasama dengan PKR adalah pendirian peribadi. 

Malah menurut Preisden parti itu, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, UMNO terbuka kepada perbezaan pendapat dalam parti itu.

Justeru katanya, UMNO tidak akan mengambil tindakan kepada Nazri yang mahu membantu kempen Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson.

“Apa keperluannya (untuk mengambil tindakan disiplin ke atas Nazri).

“Saya tak nampak ada sebarang masalah. Saya sering meraikan perbezaan pendapat,” katanya dipetik sebagai berkata ketika sidang media selepas mengetuai rombongan pemimpin tertinggi Umno menghadiri Muktamar PAS ke-64 di Kuala Terengganu hari ini.

Nazri yang juga bekas menteri pelancongan dan kebudayaan dipetik dari MalaysiaKini bercadang berkempen membantu Anwar pada PRK itu dengan alasan ia tindakan terbaik untuk UMNO memastikan parti itu kembali ke dalam kerajaan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast