LONDON – Peminat Liverpool boleh menarik nafas lega kerana penyerang Firmino tidak mengalami kecederaan serius selepas matanya tercucuk oleh pemain pertahanan Tottenham Hotspur, Jan Vertonghen.
Penyerang Brazil itu terpaksa dikeluarkan dari padang yang menyaksikan pasukannya menang 2-1 ke atas Spurs pada malam tadi.
Vertonghen tidak sengaja tercucuk ke dalam mata kirinya dan rakaman video menunjukkan insiden yang agak ngeri.
Kejadian itu menyebabkan peminat Liverpool risau Firmino tidak dapat beraksi kerana anak buah Jurgen Klopp akan berdepan PSG dalam perlawanan Liga Juara-Juara, pada pertengahan minggu ini.
Namun menerusi Instagramnya, Firmino memberitahu keadaan matanya okey dan dia mengucap terima kasih kepada penyokong Liverpool atas sokongan mereka.
“Insiden itu menakutkan namun mata saya okey.
“Terima kasih atas semua sokongan dan jumpa anda tidak lama lagi,” tulisnya.
Liverpool pula dalam satu kenyataan mengesahkan Firmino telah dibenarkan keluar dari sebuah hospital di London selepas menerima berita positif mengenai keadaan matanya.
“Pemeriksaan hospital mengesahkan matanya tetapi tidak ada kecederaan kekal.
“Keadaan Firmino akan dipantau dan dirawat oleh kakitangan perubatan Liverpool di Melwood,” jelas kenyataan itu.
Dalam perlawanan malam tadi, Georginio Wijnaldum membuka jaringan untuk Liverpool di Wembley sebelum Firmino menyumbat masuk gol kedua.
Erik Lamela menghadiahkan gol buat Spurs tetapi Reds berjaya mengekalkan kedudukan 2-1 sehingga tamat perlawanan.
Ia kemenangan kelima berturut-turut untuk Liverpool bagi musim baharu Liga Perdana Inggeris – MalaysiaGazette