Jose Mourinho

LONDON – Jose Mourinho memuji gol yang dijaringkan oleh pemain pertahanan, Chris Smalling ketika Manchester United menewaskan Watford di laman lawan awal pagi tadi.

Namun, pengurus kelahiran Portugal itu secara berseloroh tidak menggemari gaya baharu rambut bek tengah itu.

“Satu-satunya perkara yang saya tidak suka tentang Chris sekarang adalah rambutnya.

“Tetapi saya bukan satu-satunya orang yang bercakap tentang itu,” katanya memetik laporan Sky Sports selepas perlawanan berakhir.

Mourinho dengan nada positif berkata, dia sangat gembira dengan keputusan ini.

Dia juga berpuashati dengan semangat tinggi pasukannya itu.

“Apa yang paling membuat saya teruja adalah mengenai semangat pemain seperti Rom (Lukaku). Dia melakukan terjahan dari jarak 50 meter semata-mata untuk membantu rakan sepasukan,” katanya. – MalaysiaGazette