Datuk Mazlan Mansor
Datuk Mazlan Mansor

KUALA LUMPUR – Tujuh lelaki maut manakala 16 lagi sedang mendapatkan rawatan di hospital selepas dipercayai minum beberapa jenis minuman keras di sekitar Selangor semalam.

Perkara itu dimaklumkan, Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor yang memberitahu, mereka yang meninggal dunia merupakan rakyat tempat, warga India dan Bangladesh.

“Semakan lanjut juga mendapati, seramai 16 orang lagi mangsa turut dimasukkan ke hospital setelah mengalami simptom sama di mana 12 orang telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh, seorang di Hospital Kuala Lumpur dan seorang di Hospital Banting.

 

“Pecahan mansa terlibat adalah seorang warga Malaysia, 13 orang warga Nepal dan dua orang warga Bangladesh,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Mazlan berkata, kesemua mangsa dipercayai keracunan alkohol dan polis sedang menunggu laporan penuh bedah siasat daripada pihak hospital.

Katanya, kes itu setakat ini disiasat sebagai mati mengejut dan siasatan di kedai-kedai berkaitan sedang dijalankan untuk tindakan lanjut. – MalaysiaGazette