Nooryana dan anaknya, Adam.

KUALA LUMPUR – Anak perempuan Datuk Seri Najib Razak bimbang prosiding mahkamah petang esok mungkin menyebabkan bapanya akan bermalam lagi di dalam lokap.

Hari ini, bekas Perdana Menteri itu ditahan hari ini di Ibupejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas diambil keterangan.

Esok pukul 3 petang, Najib dijangka didakwa di mahkamah.

Bercakap kepada Malaysiakini, Nooryana Najwa berkata, keadaan tersebut boleh mengakibatkan bapanya bermalam lagi di lokap penjara.

“Mereka menetapkan pendengaran jam 3 petang. Apabila ikat jamin dikeluarkan, pendaftar mahkamah dan bank telah ditutup. Jadi kami tak akan dapat bayar wang jaminan.

“Oleh itu, dia mungkin perlu bermalam lagi dalam tahanan sehingga wang ikat jamin dibayar,” kata Nooryana.

Terdahulu, dalam status media sosialnya, dia memuat naik gambarnya bersama anaknya, Adam bagi memberi semangat kepada Najib.

“Before i slept, I sent you this picture of me and Adam wishing you all the best for your MACC appointment at 3pm.

“You didn’nt read or reply my message at 5pm, Ashman called to say that they have arrest you and detained you,” kata Nooryana.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast