feri
Para sukarelawan mencari mangsa feri karam di Tasik Victoria, Tanzania.

DAR ES SALAAM – Lebih 100 mayat ditemui apabila sebuah feri tenggelam
di Tasik Victoria, lapor stesen radio Tanzania, selain beratus-ratus orang lagiĀ  dikhuatiri hilang ketika anggota penyelamat mencari mereka yang terselamat.

Radio TBC Taifa melaporkan bilangan mangsa feri MV Nyerere yang tenggelam
pada petang semalam berada hanya beberapa meter dari dermaga di Ukerewe, pulau terbesar di tasik yang mana sebahagiannya terletak di Tanzania.

Perangkaan awal menyatakan feri tersebut membawa lebih daripada 300 orang.

Seramai 37 orang telah diselamatkan, kata Komander Polis Serantau untuk
Pelabuhan Mwanza yang terletak di pesisir selatan pulau itu, Jonathan
Shana menerusi perbulanan telefon dengan Reuters.

Shana berkata, lebih ramai anggota penyelamat menyertai operasi apabila ia disambung semula pagi ini.

Bagaimanapun beliau tidak menyatakan bilangannya.

Bilangan sebenar penumpang feri ketika ia karam sukar diketahui memandangkan anak kapal dan peralatan juga telah hilang, kata para pegawai
semalam.

Beberapa kemalangan feri berlaku di Tanzania sejak beberapa tahun
kebelakangan.

Sekurang-kurangnya 500 orang terkorban apabila sebuah feri tenggelam di Tasik Victoria pada 1996. Pada 2012, seramai 145 orang mati apabila sebuah feri karam di persisir Lautan Hindi di Tanzania. – Agensi