Tun Dr Mahathir Mohamad
Tun Dr Mahathir Mohamad

PUTRAJAYA – Polis DiRaja Malaysia (PDRM) menjalankan tugas khususnya menyiasat ahli-ahli  Parlimen daripada UMNO yang didapati melakukan jenayah tanpa menerima arahan daripada pihak atasan.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau tidak pernah memberikan sebarang arahan kepada pihak polis untuk menyiasat ahli-ahli UMNO termasuk terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Mereka yang melakukan jenayah, jika ahli UMNO tidak melakukan jenayah, tidak disiasat, pihak polis tahu tentang perkara ini, mereka menyiasat ramai orang yang telah membuat tuduhan terhadap mereka.

“Kami dalam parti itu telah menuduh mereka (UMNO), tetapi sekarang polis mendapat maklumat dan mereka harus bertindak

“Saya tidak peduli siapa mereka, wartawan atau polis, jika mereka melakukan apa-apa jenayah, tanpa arahan saya (siasat), itu kerja polis,” katanya pada sidang media di Perdana Putra, di sini, hari ini.

Beliau mengulas tindakan polis yang menyiasat Datuk Seri Mustapa Mohamed pada 10 hari lalu sebelum Ahli Parlimen Jeli itu mengumumkan keluar daripada UMNO pada Selasa.

Persepsi timbul apabila siasatan polis ke atas Mustapa didakwa atas arahan Mahathir sebagai langkah untuk menunaikan manifesto Pakatan Harapan (PH) dalam menyiasat dan mendakwa salah laku pemimpin UMNO.

Sementara itu, ditanya mengenai pertemuan beliau dengan bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein, Mahathir mengesahkan perjumpaan itu.

“Mereka datang untuk berjumpa saya dan semua orang. Saya melihat semua orang berjumpa dengan saya selepas itu berjumpa dengan Pas.

“Dia datang untuk berjumpa saya tetapi tidak berkata untuk sertai Bersatu,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast