Mereka direman untuk membantu siasatan kes penyelewengan dana PRU14.

TEMERLOH – Seorang kakitangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) cawangan Temerloh direman selama enam hari bermula hari ini, bagi membantu siasatan rasuah berkaitan pengeluaran lesen kenderaan motor yang sudah tamat tempoh.

Sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata perintah tahanan reman terhadap suspek yang berusia 37 tahun itu dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Temerloh Ti Pei Si.

Suspek yang sudah lima tahun berkhidmat dengan JPJ ditahan di pejabatnya pada pukul 12 tengahari semalam, bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

Kesalahan itu dipercayai dilakukan dengan cara memanjangkan tempoh tarikh tamat, supaya kenderaan terlibat tidak perlu melalui pemeriksaan Puspakom Sdn Bhd (Puspakom).

Kegiatan itu difahamkan berlaku di beberapa negeri lain dan SPRM telah melakukan siasatan berhubung sindiket berkenaan sejak tahun 2016. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast