Timbalan Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Di Jabatan Perdana Menteri, Mimi Aldrina O.P. Andu sambil diiringi Timbalan Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCCCI), Michael Chai Woon Chew bergambar kenangan bersama pelajar sekolah termasuk anak-anak yatim dan pelajar-pelajar kelainan orang upaya pada Program Makan Tengahari sempena Hari Malaysia anjuran Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCCCI) di Dewan Seng Peng, Wisma Chinese Chamber, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 22 SEPTEMBER 2018

KUALA LUMPUR – Bukan hanya kerajaan sahaja perlu  memainkan peranan dalam memberi kesedaran tentang kepentingan perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum dan bangsa di negara ini.

Sebaliknya, peranan itu juga perlu dilakukan secara aktif  oleh semua pihak termasuk badan-badan korporat swasta.

Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Jabatan Perdana Menteri, Datuk Baharin Idris berkata, keamanan yang dinikmati oleh rakyat di negara ini sejak merdeka lagi hanya boleh dinikmati selamanya jika semua pihak memainkan peranan.

“Syarikat swasta dan korporat ketika ini lihat banyak juga memberi tumpuan kepada program-program kebajikan sosial (CSR), selain daripada alam sekitar.

“Tetapi kami juga berharap seandianya banyak lagi usaha dapat dilakukan dalam mempromosikan perpaduan nasional terutamanya sektor swasta. Memelihara kestabilan dan pertumbuhan negara mampan amat penting,” katanya.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalannya, Mimi Aldrina O.P Andu pada Majlis Makan Tengahri Amal sempena sambutan Hari Malaysia anjuran Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Kuala Lumpur (KLSCCCI) di Wisma Chinese Chamber di sini sebentar tadi.

Dalam pada itu, Timbalan Presiden KLSCCCI, Michael Woon Chew berkata, program yang telah dianjurkan oleh pihaknya bertujuan untuk memupuk semangat patriotik sempena Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia dalam kalangan sektor swasta.

Selain itu, ia dapat meraikan kanak-kanak golongan yang tidak bernasib baik.

“Ini merupakan program kedua berkaitan  Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia anjuran KLSCCCI. Hari ini lebih menarik kerana kita berjaya mengenal pasti beberapa rumah kebajikan yang memerlukan bantuan.

“Kami diberi peluang untuk zahirkan rasa kasih kepada negara melalui program begini, selain merapatkan silaturahim,” ujarnya. – Malaysia Gazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast