HONGKONG – Seorang lelaki warga emas yang berusia 77 bertindak bertindak ganas dan tanpa belas kasihan dengan merogol anak perempuannya sejak berusia 10 tahun sehingga meningkat dewasa.

Dengan memberi alasan tidak dapat menahan diri ketika memeluk anaknya sendiri, lelaki itu ‘terpaksa’ merogol bagi melempiaskan nafsu seksnya.

South China Morning melaporkan, pihak pendakwaraya mendakwa lelaki tersebut akan menutup mulut kanak-kanak itu sebelum merogolnya setiap hari Sabtu termasuk pada hari Krismas tahun lepas ketika isterinya tiada di rumah.

Perkara itu akhirnya terbongkar apabila ibu kanak-kanak itu yang mengesyaki sesuatu tidak kena dengan anaknya bertindak bersemuka dengan mangsa.

Wanita itu yang merupakan warganegara China kemudian bertindak memohon bantuan daripada pekerja sosial sebelum membuat laporan polis dan menahan suspek baru-baru ini serta dihadapkan ke mahkamah bagi tuduhan merogol.

Suspek, pengawal keselamatan berkahwin dengan ibu mangsa yang ketika itu hanya berumur 20 tahun di China sebelum di bawa ke Hongkong pada 2001.

Kanak-kanak itu lahir selepas tiga tahun perkahwinan mereka.

Menurut pendakwaraya, Terence Wai, suspek bertindak tidak berperikemanusian kerana memperlakukan anaknya seperti binatang dan akan menutup mulut kanak-kanak itu dengan kain supaya tidak menjerit kesakitan.

“Kanak-kanak malang ini diugut untuk tidak bercakap apa-apa malah apa yang lebih menyedihkan, mangsa tidak tahu apa yang dilakukan oleh bapanya kepada dirinya.

“Dengan kesakitan dan ketakutan, kanak-kanak itu terpaksa melalui trauma selama lebih dua tahun,” katanya ketika kes itu diperdengarkan di Mahkamah Tinggi Hongkong semalam.

Ketika soal siasat, suspek mengaku telah mencabul dan merogol anaknya beberapa kali kerana isterinya sering sakit dan tidak dapat melakukan hubungan seks dengannya.

Tanpa mempunyai perasaan bersalah, dakwa lelaki itu nafsunya ‘naik’ setiap kali apabila memeluk anak perempunya.

Hakim Albert Wong Sung-hau ketika menjatuhkan hukuman penjara 13 tahun dan sembilan bulan berkata, perbuatan itu sesuatu yang tidak boleh dimaafkan.

“Apapun alasan yang diberikan, ini adalah perbuatan terkutuk yang langsung tidak boleh diterima sama sekali.

“Anak kamu bukan mainan seks tetapi kamu perlakukan dia seperti itu selama bertahun-tahun tanpa sedikit pun belas kasihan. Ini adalah perbuatan jahat,” tegasnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast