Mohd. Nazrul Izam Mansor

KUALA LUMPUR – Felcra Berhad mengumumkan pelantikan Mohd. Nazrul Izam Mansor sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang baharu berkuatkuasa Isnin ini.

Pengerusinya, Datuk Nageeb Wahab berkata, pelantikan ahli korporat berusia 43 tahun itu menggantikan Datuk Zulkarnain Md Eusope yang menamatkan perkhidmatannya hari ini.

“Pelantikan ini dicapai secara persetujuan bersama oleh Zulkarnain yang sepatutnya tamat kontrak selama tiga tahun berakhir pada Julai 2019.

“Sebagai akauntan bertauliah, Mohd Nazrul Izam diharap dapat memberi komitmen penuh membawa Felcra ke tahap yang lebih tinggi selain pengalaman lebih 20 tahun dalam bidang korporat.

“Kami turut mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Zulkarnain di atas sumbangan beliau ketika mengetuai Felcra Berhad secara keseluruhannya,” katanya pada sidang media di Wisma Felcra, Setapak di sini hari ini.

Mohd. Nazrul Izam sebelum ini merupakan Pengarah Urusan Teras Dara Konsortium Sdn. Bhd. yang terlibat dalam aktiviti tenaga, perladangan, pelaburan hartanah, pembangunan hartanah dan berpengalaman luas dalam beberapa entiti korporat yang lain.

Beliau juga adalah ahli Chartered Accountant (Malaysia) dan Certified Practicing Accountant (CPA), dan juga alumni kepada The University Of Queensland, Brisbane, Australia. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast