LANGKAWI – Pembangunan khususnya yang dicadangkan di kawasan lereng bukit atau gunung perlu dikaji secara terperinci bagi memastikan ia tidak merosakkan alam sekitar dan menjejaskan keselamatan.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata pemaju projek pembangunan juga perlu mengambilkira keadaan perubahan cuaca yang tidak menentu dewasa ini.

“Pokok-pokok yang tumbuh di hutan perlu dijaga kerana ia boleh bertindak untuk menstabilkan tanah,” katanya kepada media selepas majlis menyerahkan kunci rumah baharu untuk mangsa-mangsa bencana di Kampung Kuala Teriang di sini.

Menurutnya insiden tanah runtuh di Pulau Pinang dan beberapa bencana lain yang sudah berlaku menunjukkan negara tidak terkecuali dari ditimpa malapetaka.

“Ia sudah berlaku di beberapa negara lain dan kita perlu belajar dari (pengalaman menghadapi) bencana ini,” katanya.-BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast