Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba bagi memberi sokongan kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa atas pertuduhan kes pecah amanah melibatkan wang milik Kerajaan Malaysia di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 25 OKTOBER 2018.

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini muncul di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta bagi memberi sokongan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang berhadapan pertuduhan pecah amanah membabitkan wang kerajaan lebih RM6.6 bilion.

Zahid yang baru-baru ini turut berhadapan dengan pertuduhan kes di mahkamah yang sama hadir bersendirian.

“Saya hendak pergi ke Parlimen dan datang beri sokongan moral

“Bukan sahaja sahabat tetapi memberi dokongan secara peribadi kepada kedua mereka,” kata kepada media.

Ketika Zahid berhadapan pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram, Najib turut hadir memberi sokongan sebagai sahabat, begitu juga Tajuddin.

Najib hari ini berhadapan enam pertuduhan pecah amanah bersama bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Irwan Serigar Abdullah membabitkan wang kerajaan lebih RM6.6 bilion.

Masing-masing mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan. – MalaysiaGazette