KUALA LUMPUR – Berhadapan dengan penyakit kanser limfoma tahap empat, peminat selebriti ini sudah tentu tahu baru-baru ini Elyana membuat rawatan radioterapi apabila disahkan berisiko untuk lumpuh.

Dalam beberapa posting memberi perkembangan tentang dirinya, namun dilaporkan terselit komen-komen negatif.

Berang dengan tindakan-tindakan yang baginya tidak membantu membuatkan Elyana hilang motivasi bertindak menyahaktifkan sementara akaun Instagram miliknya itu.

Sebelum menutup akaunnya Elyana berkata, kata-kata negatif daripada netizen membuatkannya putus asa dan mengambil keputusan menghentikan semua rawatannya.

“Aku dah kenyang dengar perkataan MATI!!! Apa masalah korang???? Korang tak MATI ke???

“Mental aku kuat, tapi korang dah downkan teruk sangatlah weh!!! Aku dah give up (putus asa)!!! Aku doakan korang happy (gembiralah) sekeluarga!

“Hari ini saya stop (hentikan) semua treatment (rawatan) saya sebab ramai yang nak tengok saya mati! Terima kasih marilah kita mati sama-sama!,” tulisnya.

Dalam pada itu pelakon Sherry Ibrahim, 34, memohon mereka mendoakan yang baik-baik dan bukannya menulis sesuatu yang hanya menyakitkan hati penyanyi tersebut.

“Tolonglah saya merayu supaya anda tak buat sebarang kata-kata negatif terhadap seseorang yang saya sayang dan sangat kuat serta tak tunjuk lemah sedang berlawan dengan sesuatu dalam badan.

“Janganlah tulis yang tak baik, menasihati sekarang bukan waktu yang sesuai. Doakan dia cepat sembuh dan doa baik-baik yang indah untuk dia.

“Kalau anda prihatin dan baik hati, jangan buat begini kepada Elyana,” katanya menerusi video yang dimuatnaik di Instagram.

Pada Rabu, penyanyi lagu Tak Tercapai Akalmu ini memulakan rawatan radioterapi di sebuah hospital di Subang Jaya, Selangor.

Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal, 31, memberitahu doktor memaklumkan barah limfoma itu sudah dikesan di sekitar saraf tunjangnya dan berisiko untuk lumpuh jika rawatan tersebut tidak dilakukan.

Sementara itu, penyanyi Dafi turut bersetuju dengan pandangan Sherry dan berasakan ini bukan waktu yang sesuai untuk menulis sesuatu yang negatif.

“Saya setuju dengan Sherry, tolong jangan buat Elyana stres lagi. Dia dalam keadaan yang dia tak boleh stres. Kalau nak tegur ke apa ke, ni bukan masa sesuai. Jangan la fikirkan rasa ‘nak tegur’ korang tu je bila nak menulis.

“Ini dugaan dia, masa kita tak tahu lagi apa dugaan yang kita akan dapat. So, lets make this easier, not harder for her,” tulis Dafi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast