Djokovic bakal bergelar jaguh tenis nombor satu dunia Isnin ini.

SEPANYOL – Novak Djokovic bakal bergelar jaguh tenis nombor satu dunia pada minggu depan.

Penyandangnya, Rafael Nadal menarik diri daripada kejohanan Paris Masters dan bintang Sepanyol itu mengesahkan penarikan dirinya pada Rabu semalam akibat kecederaan.

Ini bermakna Djokovic yang menang dua Grand Slams terakhir akan menggantikan Nadal sebagai pemain nombor satu dunia.

Rangking baharu pemain tenis dunia akan dikeluarkan secara rasmi pada Isnin ini.

Ia merupakan kali pertama dalam dua tahun ini pemain tenis berusia 31 tahun itu akan mengungguli rangking teratas dunia tenis.

Nadal tidak beraksi dalam beberapa aksi kompetitif selama dua bulan lepas sejak menarik diri dari aksi Separuh Akhir Terbuka Amerika Syarikat akibat kecederaan lutut.

“Saya rasa lebih baik berbanding dua minggu lepas dan doktor mengesyorkan saya tidak boleh beraksi kerana memerlukan rehat secukupnya.

“Tahun ini agak mencabar bagi saya kerana sering dilanda kecederaan. Saya berfikir untuk jangka panjang dan mahu bermain tenis untuk beberapa tahun lagi,” kata Nadal.

Djokovic juga bakal menjadi pemain pertama di luar kedudukan 20 terbaik dunia yang akan mengungguli kedudukan teratas rangking pada tahun yang sama sejak Marat Safin pada tahun 2000.

Nadal juga masih belum mengesahkan sama ada dia akan beraksi dalam ATP Finals penghujung musim.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast