Datuk Seri Najib Razak
Najib Razak

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak membuat sindiran tajam terhadap Pakatan Harapan (PH) yang banyak menabur janji kepada rakyat Malaysia sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.

Beliau berkata, melalui manifesto Barisan Nasional (BN) untuk PRU14, jika menang, BN menjanjikan kadar bayaran (Bantuan Rakyat 1Malaysia) BR1M dinaikkan seperti tahun-tahun sebelum.

Malah, BN akan memperkenalkan satu lagi kategori baharu BR1M diperkenalkan di mana isi rumah berpendapatan antara RM4,000 hingga RM5,000 sebulan, akan menerima BR1M RM700

Selain itu, manifesto BN turut peruntukkan bantuan RM1,500 kepada anak-anak penerima BR1M yang berjaya mendaftar di pusat-pusat pengajian tinggi.

“Kita telah sediakan peruntukkan sebanyak RM10 bilion untuk membuat bayaran BR1M kepada kira-kira 8 juta rakyat Malaysia untuk tahun 2018,” kata bekas Perdana Menteri itu di sini hari ini.

45736497_10155701418140952_4808059649846673408_n

Malangnya, di dalam Belanjawan 2019 kerajaan yang diumumkan minggu lepas, PH telah memotong peruntukan ini kepada RM5 bilion dan jumlah penerima kepada 4.1 juta orang sahaja.

Beberapa kategori pemberian sudah dimansuhkan dan bayaran untuk kategori yang lain banyak dikurangkan.

Bantuan untuk tahun-tahun selepas 2019 juga bakal menurun kerana kerajaan PH telah mengumumkan bantuan-bantuan ini akan dikurangkan secara berperingkat sehingga dihentikan terus.

“Ya, kerajaan BN ada Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) di mana orang yang kaya, mereka yang sering mengelak dari bayar cukai dan ekonomi ‘gelap’ akan menyumbang dengan lebih banyak bayaran GST kepada kerajan berbanding golongan B40.

“Dengan hasil daripada mereka, kita salurkan lebih banyak kepada golongan B40 setiap tahun. Pembayaran BR1M turut meningkat setiap tahun. Ekonomi luar bandar juga dirancakkan Jurang pendapatan negara semakin dirapatkan,” ujarnya.

Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan berkata, dengan PH, rakyat masih bayar Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dan harga barang tidak turun, d isebalik janji mereka untuk kurangkan kos sara hidup dan BR1M yang lebih baik.

Orang kaya dan ekonomi gelap yang untung tetapi bantuan kepada B40 dikurangkan dan dimansuhkan.

“Tapi tak apa, rakyat kini dapat petrol RM1.50 seliter, free toll lebuhraya, RM50 penuh satu troli dan PTPTN dimansuhkan. Betul?,” sindir beliau. – MalaysiaGazette