Sebutan semula kes cabul melibatkan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim yang ditetapkan hari ini ditunda ke 25 Feb depan berikutan masalah kesihatan dan beliau dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) semalam.
Shahidan Kassim

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim menganggap ada pihak cuba memalukannya berhubung waran tangkap yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa kerana tidak hadir ke mahkamah.

Begitupun, beliau enggan mengulas lanjut dan tidak pula menyebut siapakah yang dimaksudkannya.

“Mereka nak malukan saya,” demikian beliau dipetik sebagai berkata ringkas menerusi aplikasi WhatsApp.

Malah, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu turut mengatakan ‘ALLAH tolong hamba yang dizalimi’.

Waran tangkap ke atas Shahidan dikeluarkan oleh Hakim Mahkamah Sesyen Kangar, Johari Abu Hassan selepas beliau gagal hadir pada prosiding pertuduhan kes dipercayai mencabul gadis bawah umur pada Oktober lalu.

Bagaimanapun, pengeluaran waran itu dibantah peguam Shahidan, Syed Muhammad Anwar Syed Lokman Hakim dengan alasan tidak dimaklumkan mengenai perkara itu terlebih dahulu.

Difahamkan, Shahidan menjalani ibadah umrah dan dijangka pulang ke Malaysia hari ini.

Sebelum ini, tular dakwaan Shahidan mencabul seorang gadis berusia 15 tahun 11 bulan yang merupakan anggota kumpulan buskers yang ditaja beliau.

Bekas menteri itu bagaimanapun menafikan tuduhan yang didakwa berlaku pada 21 Oktober lepas, malah laporan polis terhadapnya oleh remaja itu telah ditarik balik.

Bapa remaja itu turut menyatakan bahawa perkara itu telah diselesaikan secara baik dan keluarga mereka anggap tidak ada apa yang perlu dihebohkan.

Selain Syed Muhammad Anwar, Shahidan turun diwakili peguam Zuhair Ahmad Zakuan dan Rabiatul Adawiah Ramli.

Zuhair berkata, mahkamah tidak menarik kembali waran tangkap tersebut dan anak guamnya perlu hadir di Mahkamah Sesyen Kangar Isnin ini. – MalaysiaGazette

http://malaysiagazette.com/blog/2018/11/09/mahkamah-keluar-waran-tangkap-shahidan-kassim/