Mike Pence

SINGAPURA – Laut China Selatan tidak dimiliki oleh mana-mana satu negara dan Amerika Syarikat (AS) akan terus berlayar dan terbang di kawasan yang dibenarkan oleh undang-undang antarabangsa.

“Laut China Selatan bukan milik mana-mana negara dan ini anda boleh yakin. AS akan terus berlayar dan terbang di bawah undang-undang antarabangsa dan berdasarkan kepentingan nasional,” kata Naib Presiden AS, Mike Pence.

AS telah menjalankan beberapa siri latihan kebebasan navigasi di Laut China Selatan yang dipertikaikan, oleh Beijing kerana mendakwa mengancam kedaulatannya.

Selain China, Brunei, Malaysia, Filipina, Vietnam dan Taiwan turut membuat tuntutan di Laut China Selatan yang menjadi laluan perdagangan bernilai AS$3 bilion setahun.

Pence menambah, tidak ada tempat untuk ’empayar dan pencerobohan’ di rantau Indo-Pasifik. – MalaysiaGazette