Wakil tunggal Pakatan Harapan (PH) di Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed muncul pada hari terakhir persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan.
Datuk Seri Mustapa Mohamed

JELI – Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed hari ini akan menjalani rawatan pembedahan membuang batu karang, kata pembantu khasnya, Zahari Kecik.

Beliau berkata pembedahan itu terpaksa dilakukan selepas Mustapa mengadu sakit perut dan disahkan terdapat batu karang dalam badannya.

“Dalam tempoh seminggu ini bermungkinan semua program ditunda bagi memberikan ruang untuk Tok Pa (Mustapa) berehat.

“Sepatutnya hari ini Tok Pa menghadiri majlis solat sunat hajat semperna pembukaan pusat khidmat Ahli Parlimen Jeli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Jeli,” katanya.-BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast