Bintang pertahanan
Manchester United perlu menambah tawaran untuk Koulibaly selepas bidaan pertama dilaporkan ditolak Napoli.

ITALI – Napoli dilaporkan menolak bidaan £80 juta dari Manchester United untuk Kalidou Koulibaly.

Menurut La Repubblica, Pengerusi Napoli Aurelio De Laurentiis dilaporkan tidak teragak-agak menolak jumlah itu sambil mengharapkan bidaan tinggi untuk pemainnya itu yang kini menjadi buruan kelab ternama Eropah.

Kelab Serie A Itali itu dikatakan mengharapkan bidaan lumayan £89 juta (RM479 juta) daripada apa yang sedia dibayar Red Devils untuk Koulibaly sekarang.

Koulibaly hanya menandatangani kontrak baharu pada September lalu untuk kekal bersama Napoli sehingga 2023.

Beberapa kelab elit Eropah iaitu Real Madrid, Barcelona, Bayern Munich dan Manchester City turut menyatakan minat untuk khidmat pemain itu.

Koulibaly muncul sebagai bintang pertahanan antara terbaik dunia sejak menyertai Napoli pada 2014.

Keadaan fizikal dan kuat membolehkan pemain itu menyerlah di bek tengah pertahanan.

Pemain berusia 27 tahun itu menjadi impian pakar bola sepak Itali David Amoyal dan Matteo Bonetti.

Dia juga membantu napoli menewaskan Liverpool dan mengikat Paris Saint Germain dalam aksi Liga Juara Juara Eropah musim ini.

Dia juga menjadi benteng kebal yang mengancam bintang dunia seperti Kylian Mbappe.

Koulibaly dianggap pemain yang sesuai untuk memperkuatkan jentera pertahanan Manchester United di Old Trafford.- MalaysiaGazette