TERKINI : PERKASA Sertai Himpunan ICERD?

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) tidak akan hadir ke perhimpunan besar-besaran membantah Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) pada 8 Disember ini. Menurut Presidennya, Datuk Paduka Ibrahim Ali, perhimpunan anjuran UMNO dan Pas itu lebih kepada bersifat politik dan kepentingan parti, bukan betul-betul mahu membela orang Melayu, umat Islam dan kaum Bumiputera.

“Perkasa akan mengadakan konvensyen pada 2 Disember ini. Majlis Dewan Tertinggi akan berbincang mengenai jemputan ke perhimpunan membantah ICERD pada 8 Disember.

“Sekiranya pihak penganjur iaitu Pas dan UMNO membawa bendera parti dan orang ramai yang hadir itu memakai baju parti, kita tidak akan hadir, sebab kita tahu perhimpunan ini adalah agenda politik.