Penduduk Taiwan menolak perkahwinan sesama jenis.

TAIPEI – Taiwan telah menolak perkahwinan sesama jenis.

Keputusan daripada referendum itu memeranjatkan kerana Taiwan merupakan sebuah negara yang menghormati hak asasi.

Pada Mac 2017, Mahkamah Tinggi Taiwan membenarkan perkahwinan semasa jenis.

Mahkamah telah memberi masa dua tahun kepada Parlimen untuk meminda undang-undang atau meluluskan yang baharu.

Setakat ini, tidak jelas bagaimana keputusan referendum itu akan menjejaskan perintah mahkamah.

Sementara itu, Presiden Tsai Ing-wen melepaskan jawatan sebagai pemimpin parti pemerintah Taiwan selepas kalah dalam pilihan raya.

Parti Demokratik Progresif kehilangan lebih daripada separuh 13 bandar dan kawasan luar bandar yang dimenangi pada tahun 2014.

Hubungan Taiwan dan China meruncing sejak Tsai memimpin negara itu pada tahun 2016. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast