pergaduhan penyokong kelab Boca Juniors dan River Plate memaksa aksi akhir Copa Libertadores ditunda lagi

BUENOS AIRES – Aksi kedua perlawanan akhir Piala Copa Libertadores yang dijadualkan semula antara Boca Juniors dan River Plate terpaksa ditangguhkan lagi.

Pergaduhan yang tercetus antara penyokong kedua dua kelab bola sepak itu memaksa aksi pertama ditunda pada Sabtu lalu.

Bas yang membawa pasukan Boca Juniors ke River’s Estadio Monumental diserang oleh penyokong River Plate.

Perlawanan itu disusun semula untuk Ahad 8 malam waktu tempatan, 24 jam kemudian tetapi ditunda tiga jam sebelum waktu permulaan baharu yang ditetapkan.

Keputusan sama ada perlawanan itu akan diadakan semula pada suatu tarikh lain belum diumumkan pihak penganjur liga Argentina itu.

Boca terikat 2-2 dalam aksi pertama perlawanan akhir mendesak Badan Pemantau Bola Sepak Amerika Selatan (Comebol) bertindak segera dan memberi masa untuk mangsa terjejas dalam serangan itu pulih.

“Kelab Atletico Boca Juniors telah membuat pembentangan rasmi kepada Conmebol pada Ahad semalam meminta perlawanan akhir Copa Libertadores diadakan dalam keadaan bersyarat dan kawalan ketat.

“Selepas serangan rusuhan penyokong itu dan mengambil kira keseriusan penyokong, Boca berpendapat bahawa wujud keperluan menggantungan perlawanan itu,” kata kelab itu dalam satu kenyataan semalam. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast