Suruhanjaya Sekuriti

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) menyemak semula Garis Panduan Dana Dagangan Bursa (Guidelines on Exchange-traded Funds) (ETF), yang membolehkan penerbitan lebih banyak ETF yang di pelbagai di pasaran.

Ini termasuk ETF berasaskan niaga hadapan, ETF sintetik, ETF komoditi fizikal dan ETF beta pintar.

Pengenalan pelbagai ETF ini bertujuan untuk menggalakkan pertumbuhan kompetitif dan memudahcarakan inovasi produk di pasaran, menyediakan peluang pelaburan baharu dan memberi pendedahan kepada para pelabur dengan selera risiko yang berbeza-beza, katanya.

Peningkatan itu seiring dengan perkembangan peringkat global di mana pasaran ETF Asia dijangka menyaksikan kadar pertumbuhan tahunan dalam aset sebanyak 18 peratus menjelang tahun 20211.

Ketika ini, Malaysia mempunyai 10 ETF tersenarai dengan jumlah permodalan pasaran yang digabungkan kira-kira RM2.03 bilion, sehingga Oktober 2018.

ETF berasaskan niaga hadapan, seperti ETF Leveraged and Inverse (L&I), akan membuka jalan bagi saluran yang lebih berkesan kos dan telus bagi pelabur untuk mengakses pasaran niaga hadapan tradisional yang sofistikated. ETF Leveraged yang menggunakan kontrak niaga hadapan untuk menyediakan pulangan harian indeks pendasar (positif atau negatif) berganda manakala ETF Inverse membolehkan pelabur memperoleh keuntungan daripada pasaran menurun.

Oleh kerana kerumitan ETF L&I, bakal pelabur runcit mesti memenuhi kriteria pra-kelayakan tertentu sebelum mereka boleh melabur dalam produk ini.

Pelabur runcit yang pertama kali mesti menjalani modul e-pembelajaran yang dibangunkan oleh Bursa Malaysia serta simulator prestasi yang disediakan oleh syarikat pengurusan ETF L&I sebelum mereka boleh melabur dalam ETF L&I.

Untuk maklumat lanjut mengenai Garis Panduan ETF yang telah disemak tersebut, yang berkuat kuasa pada 2 Januari 2019, sila layari pautannya di sini (https://www.sc.com.my/legislation-guidelines/collective-investment-schemes/ – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast