KUALA LUMPUR – Keadaan anggota bomba yang kritikal selepas diserang oleh perusuh dilaporkan dalam keadaan stabil.
Kenyataan itu sekaligus menafikan dakwaan berita kematian Muhammad Adib Mohd Kassim.
Bomba Selangor menerusi Twitter berkata, Adib masih dalam rawatan.
“Berita kematian Pegawai Bomba Yg Tular Di Laman Sosial Adalah Tidak Benar Keadaan Stabil,” menurut kenyataan itu.
Malah, Bomba Selangor meminta seluruh rakyat Malaysia mendoakan Adib supaya kembali sihat.
Adib, 24, dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi di Pusat Perubatan Subang Jaya selepas diheret keluar dari kenderaan bomba dan dibelasah dengan teruk oleh sekumpulan perusuh malam tadi.
Kejadian itu berlaku selepas bomba menerima panggilan kebakaran di tapak kuil Sri Mariamman Seafields. – MalaysiaGazette