Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Azis Jamman bercakap susulan daripada insiden rusuhan yang berlaku di bangunan One City, Subang Jaya, Selangor. foto SYAFIQ AMBAK, 27 NOVEMBER 2018.

SUBANG JAYA – Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd. Azis Jamman berikrar untuk tidak sesekali bertolak ansur dalam isu rusuhan susulan penempatan semula kuil Sri Maha Mariamman Seafield.

Malah beliau berkata, tindakan akan diambil terhadap pihak-pihak yang sengaja melakukan kemusnahan termasuk bangunan pemaju, One City.

“Tengok sendiri ‘kemusnahan’ yang telah dilakukan oleh mereka (perusuh). Kita tidak boleh bertolak ansur. Saya tidak boleh terima ini, ini melampaui batas,” ujarnya yang hadir meninjau keadaan di bangunan berkenaan awal pagi ini.

Menurut Azis, pihak polis telah melakukan tugas dengan baik dan beliau telah memberikan kuasa kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan setegas mungkin.

“Ini adalah kes mahkamah, sepatutnya bersabar tetapi mereka ambil undang-undang dalam tangan mereka,” katanya.

Sebelum itu, bangunan pemaju berkenaan telah dilempar dengan batu dan objek keras oleh sekumpulan perusuh yang berarak dari Kuil Seafield Maha Mariaman yang terletak kira-kira satu kilometer.- MalaysiaGazette

http://malaysiagazette.com/blog/2018/11/27/bangunan-pemaju-diserang/

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast