Zuraida
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan merangkap Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin ketika hadir pada Sidang Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 29 NOVEMBER 2018

KUALA LUMPUR – Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Zuraida Kamaruddin akui pihak yang ingin membina rumah ibadat terlebih dahulu perlu mendapatkan kebenaran daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Justeru kementeriannya akan mewartakan undang-undang untuk penguatkuasaan tersebut.

Namun kata Zuraida, kajian yang terperinci perlu dijalankan terlebih dahulu sama ada undang-undang ini perlu melibatkan pindaan atau sebaliknya.

“Saya rasa memang ada keperluan tapi ada dua bahagian satu di bawah pelan Malaysia yang mana harus mengagihkan tanah untuk rumah-rumah ibadat.

“KPKT juga akan mengeluarkan syarat-syarat mana-mana rumah ibadat yang nak dibuat. Saya kena semak balik kalau tidak memerlukan banyak pindaan dan proses akta dan sebagainya boleh kita buat secepat mungkin tapi kalau akta ni kena masuk Parlimen untuk kelulusan saya kena tengok adakah ia boleh di bawah undang-undang kecil saya kena kaji dulu,” katanya di lobi Parlimen.

Zuraida berpendirian undang-undang berkaitan dengan pembinaan rumah ibadat ini perlu dilaksanakan segera ekoran tercetusnya kekecohan di Kuil Sri Maha Mariamman beberapa hari yang lalu.

“Saya tak pasti lagi berapa akta kena pinda kalau tidak ada keperluan pinda boleh buat sebagai undang-undng kecil jadi kita boleh buat dengan cepat kalau memerlukan masa lambat sikit.

“Mungkin sebelum sidang Parlimen akan datang. Tapi memandangkan perkara terdesak kita harus selesaikannya secepat mungkin,” tambahnya.

Beliau menyatakan demikian ketika diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa pembinaan kuil perlu mendapat kebenaran daripada PBT.

Zuraida turut mengakui banyak kuil yang dibina sebelum ini tanpa kebenaran pihak berkuasa.

“Ada banyak yang ‘haram’ yang buat atas persendirian, memang banyak

“Di Selangor dulu memang ada rumah-rumah ibadat dibuat di rumah yang tidak dapat kelulusan, jadi PBT ada buat tindakan pada waktu itu,” tambahnya. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast