Ivan Perisic. Foto ESPN

LONDON – Bayern Munich sanggup membayar 50 juta euro (RM237 juta) bagi mendapatkan pemain Inter Milan, Ivan Perisic.

Onefootball melaporkan, pemain antarabangsa Croatia itu bakal meninggalkan Serie A pada hujung musim ini.

Kelab gergasi Jerman itu sedang memburu pemain baharu selepas penyerang prolifik, Arjen Robben mengesahkan akan meninggalkan kelab setelah hampir sedekad bersama Bayern.

Sebelum ini, Perisic yang berusia 29 tahun mendedahkan ingin  mencuba nasib dalam Liga Perdana Inggeris dan dikaitkan dengan Manchester United. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast