PARIS – Luka Modric menepati ramalan dengan meneruskan rekod cemerlang tahun ini apabila terpilih menerima anugerah Ballon d’Or.
Kejayaan bintang Real Madrid itu menamatkan dominasi oleh Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi lebih 10 tahun pada majlis yang berlangsung di Grand Palais di sini awal pagi tadi.
Modric yang dianggap pemenang baharu selepas bintang Brazil Kaka menjulang trofi ini 2007 sebelum ia dikuasai era Ronaldo-Messi.
Pemain Croatia itu merupakan tonggak utama utama dalam membawa skuadnya mara ke final Piala Dunia Jun lalu dan turut membantu kelab Real Madrid menjuarai Liga Juara-Juara kali ketiga berturut-turut Mei tahun ini.