Monday, December 16, 2024
Home Utama Anwar akan bincang dengan menteri keresahan kaedah bayaran balik PTPTN

Anwar akan bincang dengan menteri keresahan kaedah bayaran balik PTPTN

Menara PTPTN, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 05 DISEMBER 2018

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan beliau akan cuba berbincang tentang keresahan pelbagai pihak khasnya pelajar berhubung kaedah baharu pembayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

“Saya akan kemukakan keresahan peminjam ini untuk pertimbangan menteri dan juga Pengerusi PTPTN,” katanya kepada wartawan di lobi Parlimen hari ini.

Beliau ditanya mengenai pengumuman mekanisme baru pembayaran balik PTPTN yang disfatkan sebagai tidak adil dan bertentangan dengan kontrak sedia ada.

Semalam PTPTN mengumumkan kaedah baru yang antara lain menyaksikan potongan gaji peminjam secara mandatori antara 2 peratus hingga 15 peratus.

Peraturan baharu itu terpakai kepada mereka yang berpendapatan RM2,000 dan ke atas di mana potongan gaji bagi pembayaran balik bermula pada kadar RM40 hingga mencecah RM1,200 setiap bulan.

Antara yang melahirkan rasa tidak puas hati adalah Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), Datuk Shamsuddin Bardan yang menyifatkan keputusan itu dibuat tanpa persetujuan pihak berkepentingan.

Katanya, kaedah pembayaran balik pinjaman secara potongan gaji berjadual (PGB) bermula Januari 2019 itu  akan menyebabkan majikan terbeban.

Sementara itu, Anwar ketka ditanya mengenai prestasi Dr Maszlee Malik berkata, menteri pendidikan yang tidak henti dilanda kontroversi serta sentiasa dihujani kritikan perlu diberi peluang kerana beliau masih baharu.

Katanya, beliau percaya kepada keupayaan Maszlee untuk lebih cemerlang dalam menerajui kementeriannya.

“Masih baharu, baru enam bulan sahaja,beri peluang kepadanya,” katanya ringkas.

Beliau mengulas pertanyaan berhubung kritikan terhadap Maszlee yang agak ketara sejak akhir-akhir ini terhadapnya termasuk dalam kalangan pemimpin Pakatan Harapan sendiri. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast