Ribuan peserta yang hadir pada Perhimpunan Ummah penolakan ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) tidak melepaskan peluang melihat baju " Bantah ICERD" di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 08 DISEMBER 2018

KUALA LUMPUR – Jumlah peserta Himpunan Ummah bagi membantah ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) di ibu negara hari ini dijangka mencecah ratusan ribu orang.

MGF08122018_HIMPUNAN BANTAH ICERD52
Ribuan peserta yang hadir pada perhimpunan penolakan ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) tidak melepaskan peluang melihat baju ” Bantah ICERD” di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 08 DISEMBER 2018

 

Ia berdasarkan lautan manusia berpakaian putih memenuhi sepanjang jalan setiap jalan utama dan ruang di ibu negara.

Mereka memenuhi kawasan-kawasan check point seawal pukul 7 pagi dan jumlah itu semakin meningkat menjelang pukul 11 pagi.

 

MGF08122018_PERHIMPUNAN UMMAH32
Sebahagian peserta menunaikan solat zohor pada perhimpunan ‘Kesyukuran’ meraikan kejayaan menolak ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) di Masjid Negara, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 08 DISEMBER 2018

Tinjauan MalaysiaGazette di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Raja Laut, Dataran Merdeka dan Jalan Perak mendapati kehadiran para peserta himpunan itu yang berbaju putih dan membawa pelbagai sepanduk bertali arus.

Dari kaki lima di LRT Masjid Jamek, kelihatan para peserta baju putih berkumpul. Tidak kurang juga ramainya peserta berkumpul di tangga pusat beli-belah Sogo.

MGF08122018_PERHIMPUNAN UMMAH43
Ribuan peserta yang hadir pada Perhimpunan Ummah menolak ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) di Masjid Negara, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 08 DISEMBER 2018

Kehadiran ribuan peserta itu menyebabkan mereka tidak dapat berganjak daripada tempat berkumpul. Ini dapat dilihat di sepanjang jalan di hadapan Sogo berhampiran Hotel Swiss.

Sambil menunggu, ada kumpulan yang melaung-laungkan kata-kata semangat dan menyanyi lagu patriotik secara beramai-ramai.

Penganjur #Perhimpunan812 mensasarkan hampir setengah juta peserta untuk perhimpunan bersejarah itu.

Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang dan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi percaya himpunan hari ini menjangkaui angka 500,000 orang.

MGF08122018_PERHIMPUNAN UMMAH48
Kelihatan peserta memegang spanduk ‘Bantah ICERD’ pada Perhimpunan Ummah membantah ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) di Masjid Negara, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 08 DISEMBER 2018

Biarpun hujan renyai mulai pukul 4.50 petang, namun para peserta tidak berganjak dari tempat masing-masing sehingga Hadi selesai memberi amanat dan bacaan doa oleh penganjur.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim yang dipetik daripada Bernama berkata, setakat petang ini pihaknya tidak menerima sebarang laporan kejadian yang tidak diingini.

Beliau berkata, polis akan terus memantau dan mengawal keadaan perhimpunan aman ini sehingga selesai. – MalaysiaGazette