KUALA LUMPUR – Ribuan peserta Himpunan Ummah bagi membantah ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) sudah mula bergerak dari beberapa check point  ke Dataran Merdeka.

Pergerakan yang bertali arus itu berlangsung selepas para peserta selesai menunaikan solat Zohor.

Para peserta mula berkumpul di beberapa lokasi sejak awal pagi tadi untuk menyertai himpunan aman itu yang dijadual berlangsung pada pukul 2 hingga 6 petang ini.

WhatsApp Image 2018-12-08 at 14.17.12Tinjauan MalaysiaGazette mendapati ribuan peserta bergerak dengan aman dengan mematuhi setiap arahan yang diberikan sebelum ini.

Lokasi Masjid Jamek dan LRT Masjid Jamek penuh sesak dengan peserta-peserta yang tiba daripada pelbagai arah.

Pergerakan ribuan peserta himpunan itu sambil melaungkan “Allahu Akbar”, “Hidup Melayu”, “Bantah ICERD” dan menyanyikan lagi ‘Ini Barisan Kita”.

Kehadiran anggota polis berada di sekitar kawasan ibu negara bagi mengawal dan memantau pergerakan peserta himpunan berkenaan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast