Ahli Parlimen Bagan Serai, Datuk Dr Azmi Ghazali.

BAGAN SERAI –Cadangan untuk membina sebuah lapangan terbang baharu di Bagan Serai, Perak telah di bawa ke Parlimen.

Menurut Ahli Parlimen Bagan Serai, Datuk Dr. Nor Azmi Ghazali, pembinaan lapangan terbang baharu itu amat penting kerana Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang di Bayan Lepas sudah terlalu sesak.

“Lapangan terbang tersebut akan dibina di kawasan Koridor Utara.

“Ianya penting kerana Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang sudah terlalu sesak dan tidak boleh diperluaskan lagi kerana lokasinya terletak di kawasan bandar,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan program Funride di sini hari ini.

Nor Azmi percaya pembinaan lapangan terbang tersebut bakal memberi impak positif kepada ekonomi penduduk tempatan.- Bernama