Seorang ketua balai Polis Tanah Merah, Port Dickson mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tiga pertuduhan rasuah, lima tahun lepas.
SPRM

IPOH – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mungkin memanggil semula enam Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak untuk memberi keterangan berhubung dakwaan usaha untuk menjatuhkan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Pengarah SPRM Perak Datuk Zainul Darus berkata selain enam ADUN itu, jika terdapat keperluan, pihaknya juga akan memanggil Ahmad Faizal untuk memberi keterangan.

“Kita perlu selaraskan keterangan yang kita ada, kita tengok sama ada kita akan pangil semua saksi tersebut,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Walkabout Perdana Hari Anti Rasuah Antarabangsa 2018 di Pejabat SPRM negeri di sini hari ini.

Pada Khamis lepas, sebuah akhbar tempatan melaporkan ADUN Alor Pongsu, Datuk Sham Mat Sahat; ADUN Rungkup, Datuk Shahrul Zaman Yahya; ADUN Bota, Khairul Shahril Mohamed dan ADUN Bukit Chandan, Maslin Sham Razman; ADUN Lubuk Merbau, Dr Jurij Jalaluddin serta Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak yang juga ADUN Kota Tampan, Datuk Saarani Mohamad telah dipanggil ke pejabat SPRM untuk memberi keterangan berhubung dakwaan terbabit.

Sebelum itu, Exco Pendidikan, Teknologi, Sains dan Alam Sekitar yang juga ADUN Tebing Tinggi Dr Abdul Aziz Bari yang digambarkan seolah-olah sebagai dalang komplot berkenaan juga telah dipanggil untuk memberi keterangan kepada SPRM.

Dalam pada itu, bercakap mengenai program hari ini Zainul berkata sambutan yang diadakan serentak di seluruh negara itu bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat akan bahaya rasuah serta keperluan usaha sama semua pihak bagi menanganinya.

Beliau berkata pihaknya menyasarkan dapat menyampaikan info ringkas serta soalan kaji selidik kepada kira-kira 2,000 individu di Perak yang melibatkan 200 sukarelawan.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast