TM
Saidatul menunjukkan kegagalan akses untuk masuk ke sistem capaian miliknya.

KUALA LUMPUR – Seorang petugas Telekom Malaysia (TM) mengesahkan kesukaran seorang pelanggan yang sukar akses Internet sejak sebulan lalu berpunca daripada gangguan sistem syarikat tersebut.

Sumber teknikal TM itu memberitahu, siasatan pihaknya mendapati gangguan tersebut berpunca daripada sistem menyebabkan modem Streamyx pelanggan terputus secara tiba-tiba.

“Pada awalnya kami menyangka masalah itu berpunca daripada kabel Copper yang digunakan sudah agak lama, sebagai contoh kalau kabel copper pernah dimasuki air, mudah rosak dan servis akan alami gangguan.

“Bagaimanapun selepas siasatan dibuat didapati ia berpunca daripada masalah sistem kami.

“Pihak kami mencadangkan pelanggan untuk bertukar kepada Unifi agar masalah berkenaan boleh diatasi.

“Bagaimanapun proses migrasi itu mengambil masa beberapa hari untuk boleh digunakan kembali,” katanya.

Sabtu lalu, MalaysiaGazette melaporkan kekecewaan seorang pembangun sistem apabila domain Internet server milik TM (TM) tidak dapat diakses sejak sebulan lalu walaupun bil bulanan sebanyak RM500 perlu dibayar secara tetap setiap bulan.

Saidatul dari Taman Sri Pulai, Johor memberitahu, sekatan itu menyebabkan orang ramai pengguna gagal mengakses capaian sistem beliau.

Masalah itu telah menjejaskan perniagaan bengkel kenderaan berasaskan atas talian. – MalaysiaGazette

http://malaysiagazette.com/blog/2018/12/08/tetap-bayar-rm500-sebulan-walau-tiada-line/