perlawanan akhir kedua Piala AFF Suzuki antara Malaysia menentang Vietnam di Lapangan Terbang Antarabangsa Noi Bai, Vietnam . foto FAREEZ FADZIL, 13 DISEMBER 2018
Pemain-pemain Malaysia tiba bagi menghadapi perlawanan akhir kedua Piala AFF Suzuki antara Malaysia menentang Vietnam di Lapangan Terbang Antarabangsa Noi Bai, Vietnam . foto FAREEZ FADZIL, 13 DISEMBER 2018

HANOI – Skuad Harimau Malaya selamat tiba di Lapangan Antarabangsa Noi Bai di sini tepat jam 12.30 tengah hari bagi menghadapi Vietnam pada aksi final kedua Piala AFF Suzuki 2018 di Stadium My Dinh pada Sabtu ini.

Ada berita menggembirakan bagi kem Malaysia apabila dua tonggak di bahagian pertahanan iaitu Aidil Zafuan Abd Radzak dan Muhammad Syazwan Andik Mohd Ishak yang tidak diturunkan pada aksi final pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Selasa lepas, akan kembali beraksi.

Pemain pertahanan kanan Muhammad Syahmi Safari yang sebelum ini digantung satu perlawanan juga akan memperlengkapkan kesebelasan utama pasukan negara.

MGF13122018_TEAM MAS HANOI_06
Pemain-pemain Malaysia tiba bagi menghadapi perlawanan akhir kedua Piala AFF Suzuki antara Malaysia menentang Vietnam di Lapangan Terbang Antarabangsa Noi Bai, Vietnam . foto FAREEZ FADZIL, 13 DISEMBER 2018

Turut menyertai rombongan Harimau Malaya ke sini sebentar tadi adalah Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sendiri, Datuk Hamidin Mohd Amin.

Sementara itu ketibaan pasukan bolasepak negara turut mendapat perhatian media tempatan yang menunggu ketibaan mereka sejak pagi lagi.

Untuk rekod, Malaysia bangkit daripada ketinggalan sebelum mengikat Vietnam 2-2 pada aksi final pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Selasa lepas .

Ikuti perkembangan terkini di www.malaysiagazette.com – Malaysia Gazette