Bekas Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad
Mohd Isa Samad

KUALA LUMPUR – Bekas Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad akan menghadapi pertuduhan di mahkamah esok.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, Mohd Isa akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pukul 9 pagi.

Menurut kenyataan itu, Mohd Isa akan berdepan dengan tuduhan pembelian hotel oleh Felda Investment Corporation (FIC).

Kata SPRM, bekas Ahli Lembaga Pengarah FIC itu telah hadir ke SPRM pada pukul 8 pagi tadi bagi menandatangani notis aku janji untuk hadir ke mahkamah esok. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast