Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa bagaimanapun menasihatkan agar penceramah agama untuk mengikut tiga teras yang diperjuangkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) sekiranya ingin ke udara.
Mujahid Yusof Rawa

IPOH — Jabatan Perdana Menteri (JPM) tidak pernah mengeluarkan arahan menyekat atau melarang beberapa penceramah agama untuk keluar di televisyen dan radio seperti yang tular dalam media sosial.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa bagaimanapun menasihatkan agar penceramah agama untuk mengikut tiga teras yang diperjuangkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) sekiranya ingin ke udara.

“Penceramah dan pengkuliah yang mahu muncul di TV di dalam program kita mestilah memahami tiga teras yang kita perjuangkan iaitu Rahmatan Lil Alamin, maqasid syariah dan modul Malaysia.

“Dalam apa juga yang mereka sampaikan selagi tidak bercanggah dengan tiga perkara ini maka kita mengalu-alukan, kita bukan nak sekat sesiapa hanya kerana kita tidak suka dia tapi lebih kepada kita hendak lihat content (isi),” katanya ketika ditemui pemberita pada Konvensyen Nasional Amanah 2018 di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas lanjut tular di aplikasi Whatsapp dan Facebook berhubung beberapa nama penceramah agama yang dilarang keluar di televisyen dan radio antaranya Ustaz Ahmad Dusuki, Ustaz Kazim Elias, Ustaz Shamsul Debat, Ustaz Azhar Idrus dan Dr Redzuan Tee.

ARTIKEL BERKAITAN: Kazim Elias, Shamsul Debat, Redzuan Tee dilarang muncul di stesen TV dan radio?

ARTIKEL BERKAITAN: Yang ‘gam’ saya tu nanti nak jawab apa depan Allah, kata Kazim Elias

Beliau turut menegaskan agar perkara itu tidak ditularkan tanpa asas semata-mata untuk menimbulkan keraguan dan provokasi terhadap PH.

“Seperti saya katakan selagi tidak menggangu tiga teras itu, kita (JPM) tidak pernah ada mengeluarkan arahan mahupun sekarang ini kita rasa ada sesetengah ustaz yang tidak memberi pandangan yang baik tapi kita tidak pernah menyekat,” katanya.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast