Pejabat Persekutuan Bola Sepak Vietnam (VFF), Hanoi, Vietnam. foto FAREEZ FADZIL, 14 DISEMBER 2018

HANOI – Tuan rumah Vietnam perlu menang Piala AFF Suzuki pada Sabtu ini bagi mengembalikan kepercayaan peminat mereka yang masih dibelenggu persepsi negatif terhadap isu rasuah yang membelenggu sukan nombor satu rakyat negara ini.

MalaysiaGazette difahamkan, isu ‘mengatur perlawanan’ masih lagi menjadi topik perbualan dalam kalangan peminat sukan bila memperkatakan tentang bolasepak di negara mereka.

Persatuan Bolasepak Vietnam (VFF) setakat ini dilihat berusaha keras bagi menangani isu ini termasuk mengenakan hukuman serta menyerahkan mereka yang terlibat kepada pihak berkuasa untuk dipenjarakan.

Namun MalaysiaGazette dimaklumkan, rata-rata pemerhati menyifatkan tindakan itu belum cukup kerana yang sering dikenakan tindakan adalah pemain dan bukan ‘dalang’ sebenar di sebalik jenayah itu.

Selain rasuah, isu judi haram juga memeningkan pihak berkuasa negara ini.

Disebabkan itu, kerajaan Vietnam sedang melihat kemungkinan untuk ‘menghalalkan’ perjudian bolasepak sebagai salah satu mekanisme bagi membendung permasalahan yang membelenggu dunia bola sepak mereka.

MGF14122018_VIETNAMM FOOTBAL LOGO_02
Suasana di persekitaran pejabat Persekutuan Bola Sepak Vietnam (VFF), Hanoi, Vietnam. foto FAREEZ FADZIL, 14 DISEMBER 2018

Oleh kerana itu, Vietnam tiada pilihan melainkan perlu memenangi Piala AFF Suzuki pada Sabtu ini untuk mengembalikan kepercayaan kepada rakyat mereka mengenai sukan nombor satu negara berkenaan.

Lawan mereka, Malaysia kini hanya memerlukan kemenangan 1-0 untuk mengesahkan kejuaraan atau sekurang-sekurangnya seri 3-3.

Sekiranya tewas atau seri kurang daripada tiga jariĀ­ngan, kemenangan berpihak kepada Vietnam.

Keputusan seri 2-2 pula mengheret saingan ke waktu tambahan atau penentuan penalti. – Malaysia Gazette