HANOI – Dalam keadaan Stadium My Dinh di sini semakin dibanjiri para penyokong negara tuan rumah, tidak ketinggalan anak Malaysia yang mahu menyaksikan sendiri daya saing Harimau Malaya.
Biarpun bergelar Orang Kelainan Upaya, namun Khairul Anam, 36, gigih memulakan perjalanan dari Putrajaya ke Lapangan Terbang Kuala Lumpur untuk terbang ke Vietnam.
Nasibnya agak kurang baik apabila tiket ke Hanoi semuanya habis terjual. Berbekalkan semangat serta keinginan yang berkobar-kobar, Khairul mengambil keputusan untuk terbang ke Phuket.
Dari Phuket beliau terbang pula ke Hanoi dan malam ini hatinya puas apabila berada di dalam Stadium My Dinh untuk menyaksikan perlawanan final kedua Malaysia bertemu Vietnam bagi merebut Piala AFF Suzuki 2018 malam ini. – MalaysiasGazette