Presiden Poland, Michal Krutyka melompat kegembiraan selepas berjaya mengumpul 200 wakil negara bersetuju melaksanakan perjanjian perubahan iklim dunia dalam persidangan semalam.- Financial Times

KATOWICE, Poland – Hampir 200 negara mengenepikan perbezaan politik bersetuju melaksanakan perjanjian iklim global semalam.

Bagaimanapun para pengkritik berpendapat bahawa inisiatif itu tidak cukup komited dan ikhlas untuk menghalang kesan bahaya  pemanasan global.

Selepas dua minggu perbincangan teliti di Katowice, 200 negara itu akhirnya mencapai konsensus mengenai rangka kerja yang lebih terperinci dan komprehensif untuk perjanjian Paris 2015.

Perjanjian Paris itu bertujuan menangani peningkatan suhu dunia secara holistik rata-rata menjadi jauh rendah di bawah 2 darjah selsius (3.6 Farenheit) pada tahap pra-perindustrian.

“Bukan mudah untuk mencari persetujuan mengenai perjanjian yang sangat spesifik dan teknikal.

“Melalui pakej ini, anda telah membuat seribu langkah kecil secara bersama. Anda boleh berasa bangga,” kata Presiden Poland Michal Kurtyka semasa berucap di hadapan perwakilan.

Sebelum perbincangan bermula, ramai yang menjangkakan perjanjian itu tidak akan sama seperti yang diharapkan semua pihak.

Kesatuan yang menyokong perundingan Paris pula berpecah dan Presiden Amerika Donald Trump berhasrat untuk memastikan Amerika Syarikat keluar dari perjanjian itu.

Pada jam 11 malam, menteri-menteri yang berhimpun berjaya memecahkan kebuntuan antara Brazil dan negara negara lain melalui suatu peraturan sebagai memantau kredit karbon, menangguhkan sebahagian besar perbincangan itu sehingga tahun hadapan.

Namun tidak ada peluang untuk memberi isyarat jelas kepada pihak berkepentingan untuk mempercepatkan tindakan mereka itu.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast