Selepas 20 hari menjalani rawatan rapi, aggota bomba yang cedera parah dipukul dalam rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, Muhammad Adib Mohd. Kassim akhirnya menghembuskan nafas terakhir pada jam 9.41 malam ini. - foto arkib MalaysiaGazette

KUALA LUMPUR – Muhammad Adib Mohd Kassim, anggota bomba yang cedera parah dalam rusuhan di sebuah kuil Sri Maha Mariamman Seafields bulan lalu dilaporkan kembali dalam keadaan kritikal.

Institut Jantung Negara (IJN) berkata, Muhammad Adib telah mengalami kemerosotan progresif fungsi paru-paru dalam 24 jam.

Ini kerana, berlaku jangkitan mengakibatkan paru-parunya mengeras hingga menyukarkan Muhammad Adib menerima oksigen.

“Keadaan ini disebabkan kecederaan parah pada paru-parunya.

“Pada masa yang sama, fungsi buah pinggangnya juga tidak bertambah baik, yang mana beliau masih memerlukan sokongan dialisis,” kata IJN dalam kenyataan di sini.

IJN berkata, mengambil kira keadaan semasa dan selepas perbincangan pelbagai disiplin, ia telah memutuskan untuk memasukkan semula sistem Extracorporeal Membrane Oxygenation (ECMO) veno lagi pada pukul 9 malam semalam untuk membantu dalam keperluan pernafasannya.

” Muhammad Adib dalam keadaan kritikal, memandangkan keadaan Muhammad Adib ini, lawatannya dihadkan, Kami menyeru agar semua rakyat Malaysia terus berdoa untuk Muhammad Adib terus pulih,” kata IJN. – MalaysiaGazette