TERKINI : Setelah 3 Minggu Bertarung Nyawa, Muhammad Adib Akhirnya Pergi…

Selepas tiga minggu menjalani rawatan rapi, aggota bomba yang cedera parah dipukul dalam rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, Muhammad Adib Mohd.

Kassim akhirnya menghembuskan nafas terakhir pada jam 9.41 malam tadi.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin yang berada di Institut Jantung Negara untuk melawat Muhammad Adib mengesahkan perkara tersebut.

Difahamkan jenazah Muhammad Adib akan dibawa ke Balai Bomba Jalan Hang Tuah untuk disembahyangkan selepas solat Subuh esok sebelum dikebumikan di Kedah.

Kesihatan allahyarham semakin merosot sejak kelmarin dengan fungsi paru-paru mula mengalami penurunan beransur-ansur.

Muhammad Adib menerima rawatan di Subang Jaya Medical Centre (SJMC) pada 27 November lalu selepas cedera parah dalam kejadian tersebut.

Beliau kemudian dipindahkan ke Institut Jantung Negara. -MalaysiaGazette